DISINILAH KAMI MENIMBA ILMU

Ahad, 26 Disember 2010

TAUHID/AQIDAH ( SAM'IAT )

SAM'IYAT
ERTI SAM'IYAT IALAH:
" perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis."

Contoh2 perkara sam’iyat:

1. Alam Barzah - alam kubur
2. Soalan kubur - soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
6. Mizan : Alat timbangan amalan
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah

TAJWID / HUKUM IDGHAM

Hukum idgham

Idgham (ﺇﺩﻏﺎﻡ) adalah berpadu atau bercampur dua huruf atau memasukkan satu huruf ke dalam huruf yang lain. Maka, jelaslah harus dibaca dengan memasukkan bunyi huruf yang seterusnya.

Terdapat tiga jenis idgham:
  1. Idgham mutamathilain (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻤﺎﺛﻠﻴﻦ - yang serupa) ialah pertemuan dua huruf yang sama sifat dan makhrajnya (tempat keluarnya) dal bertemu dal dan sebagainya. Hukum adalah wajib diidghamkan. Contoh: ﻗَﺪ ﺩَﺨَﻠُﻮاْ.
  2.  Idgham mutaqaribain (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻘﺎﺭﺑﻴﻦ - yang hampir) ialah pertemuan dua huruf yang berhampiran sifat dan makhrajnya seperti ba' bertemu mim, qaf bertemu kaf dan tha' bertemu dzal. Contoh: ﻧَﺨْﻠُﻘڪُﻢْ
  3. Idgham mutajanisain (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﺠﺎﻧﺴﻴﻦ - yang sejenis) ialah pertemuan dua huruf yang sama makhrajnya tetapi tidak sama sifatnya seperti ta' dan tho, lam dan ra' serta dzal dan zho. Contoh: ﻗُﻞ ﺭَﺏﱢ

IBADAH / FEQAH ( ERTI SOLAT DAN WAKTU-WAKTUNYA )

SOLAT
ERTI SOLAT:

Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir
( Allahu Akbar) dan diakhiri dengan salam

SOLAT ADA LIMA WAKTU:
  1. solat subuh
  2. solat Zohor
  3. solat Asar
  4. solat Maghrib 
  5. solat Isyak




 

Khamis, 23 Disember 2010

SIRAH / SEJARAH BULAN-BULAN ISLAM

BULAN-BULAN ISLAM

      Bulan dalam bahasa arab disebut " Al Syahru " bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah.Tarikh Hijriyah islam yang pertama adalah bermula katika Nabi Muhammad SAW umat islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang diiktiraf sebagai bulan islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-khattab r.a adalah seperti berikut.

MUHARRAM
Muharram ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

SAFAR
safar adalah bulan ke 2 dalam bulan islam yang bererti kosong, kerana penduduk arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

RABIULAWAL DAN RABIULAKHIR

Rabiulawal dan Rabuilakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu itu pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan islam yang ke-3 dan  yang ke-4.

JAMADILAWAL DAN JAMADILAKHIR
Jamadilawal ( Jumada al-awwal ) dan Jumadilakhir ( Jumada al-Akhir ), merupakan bulan ke 5 dan ke 6 perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pad bulan Jamadilawal dan berakhir pada jamadilakhir.

REJAB
Rejab adalah bulan ke 7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya bulan Rejab di muliakan orang dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. pada bulan ini di larang berperang dab pintu ka'bah di buka.

SYAABAN
Syaaban bererti berselerak/pecahannya yang banyak, di mana pada zaman Arab mereka keluar bertebaran,  pada bulan ini terpaksa berkurung di rumah , katika bulan Rejab. pada bulan ini juga mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

RAMADHAN
Ramadhan merupakan bulan ke 9 dalam kalendar islam. Ia bererti terik atau terbakar kerana pada kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanajung arab. Dan setelah islam menapak , bulan ini merupakan bulan nini merupakan bulan puasa bagi umat islam.

SYAWAL
 Syawal pula di mana sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal daripada kata kerja Tasyawala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakalan setelah kedatangan islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selam sebulan penuh dengan puasa Ramadhan. pada awal bulan Syawal, kaum muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri   perayaan yang menandai kemenaagan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke 10 dalam kalendar Hijrah.

ZULKAEDAH
zulkaedah merupakan bulan ke 11 , ia merujuk kapada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum islam tidak berperang kerana ia kerana ia termasuk bulan-bulan haram berperang. Perkataan kaedah itu berasal dari 'QA' yakni duduk.

ZULJIJJAH
Zulhijjah adalah bulan ke 12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia di sebut Zulhijjah ( Ar ; Zu al-Hijjah ) yang bererti
" yang empunya Haji ".Pada zaman kedatangan islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah ( kaabah ). Setelah kedatangan islam ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan zulhijjah yakni pada tanggal 8, 9, 10 zulhijjah.

Selasa, 21 Disember 2010

AKHLAK / IKHLAS

IKHLAS
ERTI IKHLAS IALAH:
"Melakukan sesuatu amalan kerana Allah Taala"

 Ciri-ciri ikhlas:
  • tidak menunjuk-nunjuk
  • tidak mengungkit-ungkit
  • tidak mengharapkan balasan
  • hanya mengharapkan balasan Allah
Akibat tidak bersifat ikhlas:
  • amalan tidak diterima Allah
  • dimurkai Allah dan Rasul
  • hidup tidak diredhai Allah
Kelebihan bersifat ikhlas
  • Disayangi Allah dan Rasul
  • Hidup sentiasa tenag
  • Disenangi rakan dan masyarakat

IBADAH / FEQAH ( RUHSOH SOLAT )


SOLAT ORANG SAKIT

"Solat itu tiang agama"

Solat adalah Rukun Islam yang Kelima. Ia juga merupakan asas bagi segala ibadat dan juga merupakan budayahidup bagi umat Islam.Solat wajib ditunaikan walau dalam apa keadaan sekalipun samada sakit atau ketika berlaku peperangan


KONSEP IBADAH KETIKA SAKIT

Allah SWT mewajibkan setiap umat Islam yang Mukallaf melaksanakan ibadat
Yang difardhukan mengikut kemampuan masing-masing.
 Orang yang sakit boleh melakukan solat secara:
  • duduk 
  • baring  
  • mengiring ,
  • baring menelentang 
  • isyarat mata 
  • secara ingat dalam hati
SEBAB DIWAJIBKAN SOLAT KETIKA SAKIT

  1. Solat ibadat terpenting dalam Islam
  2. Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran
  3. Solat sebagai penawar kepada penyakit
  4. Mengharapkan pertolongan Allah SWT ketika senang dan susah
  5. Supaya hidup dan mati dalam Iman.
Firman Allah SWT:-

لا يكلف الله نفسا الا وسعـها لها ما كسبت وعلـيها مـاكتسبت- البقرة أية 26

Maksudnya : “Allah SWT tidak membebenkan seseorang melainkan apa
                     yang terdaya olehnya.Dia mendapat pahala kebaikkan yang
                     diusahakannya dan dia  menanggung dosa kejahatan yang
                     dilakukannya.”

AKHLAK / ISTIQOMAH

ISTIQAMAH
ERTINYA:
"Berterusan melaksanakn perintah Allah"

Ciri- ciri istiqamah ialah:
  • mempunyai keimanan yang mantap
  • mengamalkan sunnah Rasulullah
  • tetap pendirianserta beriman kepada Allah dan Rasul
Kelebihan Istiqamah ialah:
  • mempunyai sahsiah yang tinggi
  • mempunyai jati diri yang teguh
  • disayangi oleh Allah & Rasul
Akibat tidak beristiqamah:
  • mempunyai keimanan yang lemah
  • mendapat kemurkaan Allah dan Rasul
  • hidup tiada matlamat yang jelas
Rasulullah SAW bersabda:“Katakanlah! Aku percaya kepada Allah kemudian istiqamahlah (pegang teguhlah pendirian itu).”

Ahad, 19 Disember 2010

TAUHID / INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

Indahnya Molekul Ais Ciptaan Allah SWT


“(Begitulah) perbuatan Allah                                                    yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”….

Adakah di antara Anda yang mengetahui apa lukisan dekoratif yang indah ini ? Sebahagian dari kita mungkin menyangka bahawa lukisan ini adalah hasil karya pelukis yang memang berbakat. Gambar ini bukanlah sebuah lukisan, melainkan salah satu ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.

Gambar ini adalah bahagian kecil dari molekul ais yang dibesarkan ratusan kali ganda. Para ilmuan yang menemui reka bentuk  partikel ais yang sangat indah ini mengatakan, di dunia ini sejak awal penciptaan alam ini  sehingga sekarang ini tidak pernah ditemui dua partikel ais  yang menyamai diantara satu dengan yang lain. Setiap partikel ais berbeza reka bentuknya dari yang satu dengan yang lain, padahal semuanya terbentuk daripada sumber  air yang sama. Maha Suci Allah yang telah berfirman:

(صنع الله الذي أتقن كل شيء)! النمل 88

“(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”

Jumaat, 17 Disember 2010

SIRAH / KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH

                    KHUTBAH Hujjatul Wada adalah khutbah terakhir Rasulullah SAW. Baginda menyampaikan khutbah itu pada upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah.Seumur hidup, Rasulullah SAW hanya melakukan ibadat haji sekali. Ketika itu, berpuluh ribu rombongan haji dari negara seperti Iraq dan Kuwait turut hadir melaksanakan haji bersama Baginda.

                Khutbah Hujjatul Wada penting kerana di dalamnya terkandung mesej yang perlu difahami, diingati dan diikuti umat Islam walaupun selepas Rasulullah SAW wafat. Jika diamati, hampir semua mesej disampaikan Baginda menyentuh hubungan sesama manusia.
Baginda SAW ketika itu sudah mengetahui umurnya tidak panjang dan perlu mengingatkan umat Islam kesimpulan bagi apa yang disampai dan diajarkan kepada ummah sepanjang hidup Baginda.

                   Antara mesej Rasulullah SAW ialah hak asasi manusia iaitu kesucian darah manusia yang tidak patut ditumpahkan ke muka bumi dengan sia-sia. Semua insan harus bersama menjaga kesucian itu.
Dalam khutbah itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati seperti kehormatan hari kamu ini (hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah).”

                   Rasulullah SAW turut menyebut mengenai penjagaan harta. Ini adalah mesej kedua terkandung dalam khutbah yang turut menekankan kesucian harta milik seseorang sepatutnya tidak diganggu atau diambil individu lain tanpa persetujuan pemiliknya.
Baginda menambah: “Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan).”
Di sini dapat kita lihat amalan riba ditolak sama sekali dalam Islam kerana menindas peminjam dengan mengenakan bayaran kembali dalam jumlah melebihi modal dipinjamkan. Ini menzalimi si peminjam yang kemungkinan besar masih kesempitan wang.
Sistem perbankan dunia kini yang berlandaskan riba juga menyebabkan krisis ekonomi yang menekan negara miskin terutama Negara Dunia Ketiga. Oleh itu, sesiapa yang mengamalkan riba ibarat memerangi Allah yang dosanya adalah besar di sisi Allah
.
                    Dalam khutbah Hujjatul Wada, Rasulullah SAW juga menyebut hak wanita dalam hubungan suami isteri dan masyarakat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”
Wanita berhak ke atas suaminya untuk menerima nafkah zahir dan batin termasuk tempat berlindung, pakaian dan hubungan intim suami isteri. Wanita juga tidak boleh dijadikan hamba dan ditindas dalam institusi kemasyarakatan.
Baginda SAW menyambung lagi: “Jika mereka melakukannya (kejahatan atau kemungkaran), Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan tidak keras. Jika mereka berhenti daripada perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperoleh apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.”

                             Seterusnya Baginda SAW berpesan supaya berpegang kepada dua sumber utama Islam iaitu kitab al-Quran dan sunnah kerana tidak akan menyesatkan dan tidak hilang sehingga kiamat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud; “Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku sudah menyampaikan. Aku tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas, jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, (yakni) kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.”
                             Akhirnya Rasulullah SAW berpesan semua umat Islam itu bersaudara dan mesti saling mengingati dengan melakukan dakwah, seruan penting bagi sentiasa mengingatkan umat Islam supaya kekal di jalan lurus dan tidak terpengaruh dengan amalan hidup kekafiran.
Baginda SAW bersabda pada hujung pesanan dalam khutbah itu yang bermaksud: “Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara (bertanggungjawab) kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara.”
Pada akhir katanya, Baginda SAW bertanya kepada jemaah haji yang mendengar khutbah itu sama ada Baginda sudah menyampaikan apa yang patut disampaikan sebagai Rasul kepada umatnya. Semua hadirin mengiyakan Baginda sudah melunaskan tanggungjawabnya. Baginda SAW menunjuk ke langit seraya meminta Allah menyaksikan peristiwa itu. Tiga kali Baginda bertanya begitu dan mendapat jawapan yang sama daripada jemaah serta bersaksi dengan menunjukkan jarinya ke langit.

                      Tamatnya khutbah Hujjatul Wada itu, cuma Abu Bakar yang menitiskan air mata kerana beliau memahami kesimpulan khutbah itu ialah Rasulullah SAW bakal meninggalkan umatnya dan terpulang kepada kita sebagai pengikutnya untuk mengingati pesanan itu tanpa Baginda yang dikasihi berada di sisi

 Adakah masyarakat kita hari ini masih mengingati dan mematuhi amanah Baginda kepada kita?

Rabu, 15 Disember 2010

FEQAH / IBADAH (SOLAT JAMAK )

Sesungguhnya Islam tidak pernah menyusahkan umatnya...Terdapat ruhsoh dalam solat andainya kita bermusafir , untuk mengelakkan kita meninggalkan kewajiban kepada Allah S.W.T.

  • Makna Jamak ialah dihimpunkan
  • Makna Qasar ialah dipendekkan

  • Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Sembahyang jamak:
  • ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Adakalanya jamak itu dinamakan 'jamak ta'khir' dan adakalanya dinamakan 'jamak taqdim'

  • "Jamak Taqdim" ialah mengerjakan sembahyang dalam waktu yang sebelumnya misalnya sembahyang Asar dilakukan pada waktu Zuhur sesudah mengerjakan sembahyang Zuhur.

  • "Jamak Ta'khir" pula ialah menjamakkan sembahyang dalam waktu sesudahnya, misalnya sembahyang Zuhur dikerjakan sesudah sembahyang Asar atau sembahyang Maghrib sesudah Isyak.

  • Adapun yang boleh dijamakkan ialah sembahyang siang sama sembahyang siang seperti Zuhur dan Asar dan sembahyang malam sama sembahyang malam seperti Maghrib dan Isyak. Tidak boleh menjamakkan sembahyang siang dengan sembahyang malam begitu juga sebaliknya.Manakala sembahyang Subuh tidak boleh dijamakkan.

  • Cara menjamakkan sembahyang seperti yang dinyatakan di atas umpamanya dikerjakan sembahyang Zuhur di waktu Asar atau sebaliknya. Begitu pula dengan sembahyang Maghrib dikerjakan pada waktu Isyak atau sebaliknya. Tetapi sembahyang Asar tidak boleh dijamakkan pada sembahyang Maghrib kerana itu bukan tempatnya.

  • Syarat Jamak Taqdim:

1. Meniatkan jamak di dalam solat..
2. Tertib ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan dan mengakhirkan mana yang patut diakhirkan. Maksudnya dikerjakan lebih dahulu sembahyang yang pertama kemudian yang kedua.
3. Berturut-turutan ertinya setelah selesai mengerjakan sembahyang yang pertama, hendaklah segera dikerjakan sembahyang yang kedua tanpa diselangi / dibatas oleh sesuatu perbuatan dan perkataan lain melainkan untuk berwudhuk kembali.
  • Sembahyang qasar pula ialah memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat iaitu untuk solat zohor, asar dan isyak sahaja.

Syarat jamak ta'khir:

1. Meniatkan jamak di waktu yang pertama. Jika tidak, tidak sah jamaknya.
2. Lanjut perjalanan hingga akhir waktu kedua, andaikata ia sedang berjalan.

Lafaz niat solat jama' taqdim, cth: Zohor dengan Asar

" Usolli fardha al-Zuhri arba'a raka'atin majmu'an ilaihi al-'Asru lillah taala "
(Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor empat rakaat jama' dengan Asar kerana Allah Ta'ala)

" Usolli fardha al-'Asr arba'a raka'atin majmu'an lillahi ta'ala "
(Sahaja aku sembahyang fardhu Asar empat rakaat jamak kerana Allah Ta'ala)

Bagi jama' ta'khir, cth: Asar dengan Zohor, lafaznya sama seperti di atas cuma berbeza pada sebutan solat (didahulukan solat Asar daripada solat Zohor.

Lafaz niat Qasar dan Jama' Taqdim / ta'khir serentak:cth: Zohor dengan Asar:

"Usolli fardha al-Zuhri qasran majmu'an ilaihi al-'Asru lillahi ta'ala"
(Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor qasar, jamak dengan Asar kerana Allah Ta'ala

Selasa, 14 Disember 2010

TAUHID / KIAMAT

Tanda-tanda kecil kiamat



i
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai

5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim
Wahai saudara-saudaraku, marilah berfikir sejenak… yang mana sudah ada petanda pada hari ini? Ya Rabbi, ampunilah mereka yang beriman denganMu, moga hambamu ini bukan dikalangan manusia yang dimurkai.

Isnin, 13 Disember 2010

TIPS KEJAYAAN UNTUK PELAJAR

BERIKUT INI DI PERTURUNKAN BEBERAPA TIPS – TIPS PEMBELAJARAN BERKESAN YANG MUNGKIN BERGUNA UNTUK ANDA SEMUA KHUSUSNYA PARA PELAJAR

1. JADUAL BELAJAR – SEHARUSNYA ADA 2 JADUAL BELAJAR IAITU JADUAL PEMBELAJARAN BAGI MENGHABISKAN SUKATAN DAN JADUAL BELAJAR HARIAN.KEGUNAAN JADUAL BELAJAR ADALAH AGAR MENDORONG MOTIVASI BELAJAR DI SAMPING PEMBELAJARAN TERSUSUN.PUN DEMIKIAN JADUAL SAHAJA TIDAK BERGUNA JIKA TIDAK DI IKUT…SO DISPILIN DIRI SANGAT PENTING…..

2. DISIPLIN DIRI – DISIPLIN DIRI AMAT PENTING BAGI MENJAMIN KEJAYAAN SESEORANG DALAM PEMBELAJARAN TANPA DISIPLIN DIRI PERATUSAN UNTUK CEMERLANG DALAM PELAJARAN ADALAH KURANG.DISIPLIN ASAS KEJAYAAN.PUN DEMIKIAN SELALUNYA MANUSIA AMAT SUKAR MENGAWAL DISIPLIN DIRI….UNTUK MENGATASI MASALAH INI MAKA KITA SEHARUSNYA PANDAI MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI….CTH….INGAT KESUSAHAN KELUARGA…INGAT CITA-CITA DAN SEBAGAINYA

3. MOTIVASI BELAJAR – SELALUNYA MOTIVASI BELAJAR YANG KURANG AMAT BERKAIT RAPAT DENGAN DISIPLIN DIRI DISAMPING PENGARUH PELBAGAI FAKTOR SEPERTI MASALAH PERIBADI, MASALAH KELUARGA DAN SEBAGAINYA. UNTUK MENGATASI MASALAH INI JUMPALAH KOUNSELOR ATAU CUBA MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI.

4. TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN – HAL INI AMAT PENTING BAGI KITA MENGETAHUI CARA YANG TERBAIK UNTUK MENJAWAB SATU – SATU KERTAS PEPERIKSAAN.KADANGKALA JAWAPAN KITA MENJADI SALAH ATAU KITA LAMBAT MENJAWAB AKIBAT KETIADAAN PENGETAHUAN DALAM HAL INI.SEMINAR TEKNIK MENJAWAB INI SELALUNYA AKAN DIADAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.GURU-GURU MATA PELAJARAN ANDA JUGA TAHU TENTANG PERKARA INI.

5. LATIH TUBI MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SEBENAR TAHUN – TAHUN LEPAS – PERKARA INI PUN SANGAT PENTING BAGI MENDEDAHKAN KEPADA KITA CORAK SOALAN DAN TAHAP KESUSAHAN SOALAN SEBANAR. BONUSLAH BAGI KITA KALAU ADA SOALAN BERULANG.BUKU – BUKU SOALAN PEPERIKSAAN SEBENAR TAHUN – TAHUN LEPAS BOLEH DIBELI DI KEDAI2 BUKU…JOM BELI…TAK ADA PERUNTUKAN CUABA CARI DI PERPUSTAKAAN…JOM PINJAM.

6. BUKU TEKS DAN BUKU RUJUKAN – KEDUA-DUA PERKARA TERSEBUT ADALAH SANGAT PENTING SEBAGAI SUMBER ILMU PENGETAHUAN KITA. TAMBAHAN PULA BAGI SETENGAH PELAJARAN SKEMA JAWAPAN YANG DIBUAT OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN ADALAH BULAT – BULAT DARIPADA BUKU TEKS. SEKARANG BUKU TEKS DAH FREE…BUKU RUJUKAN BOLEH DIBELI…KALAU TAK MAMPU…PINJAM SAJA DI PERPUSTAKAAN ….
.
7. TUMPUAN SEMASA GURU MENGAJAR – PARA PELAJAR SEKELIAN PENUMPUAN SEMASA GURU MENGAJAR ADALAH SANGAT PENTING BAGI MENJAMIN KITA MEMAHAMI TOPIK PEMBELAJARAN.SEKIRANYA ANDA TIDAK FAHAM SEMASA GURU MENGAJAR BERANIKAN DIRI UNTUK BERTANYA…PEMBELAJARAN AKAN LEBIH BERKESAN SEKIRANYA ANDA SUSULI PENGAJARAN SESEORANG GURU ITU DENGANMEMBUAT LATIHAN – LATIHAN BERKAITAN PEMBELAJARAN TERSEBUT.

8. PELAJARI DAHULU SATU – SATU TOPIK ITU SEBELUM GURU MENGAJARNYA DI KELAS – SEBAIK MUNGKIN ANDA SEPATUTNYA MEMPELAJARI DAHULU SATU SATU TOPIK PEMBELAJARAN SEBELUM GURU MENGAJARNYA DI KELAS.RASIONALNYA ..IALAH APABILA GURU MENGAJAR KELAK ANDA AKAN SENANG MEMAHAI TOPIK TERSEBUT DAN ANDA AKAN TAHU BERTANYA PERKARA YANG ANDA TIDAK FAHAM…SILA AMALKAN…

9. MASALAH MENGANTUK SEMASA BELAJAR – ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGANTUK KETIKA BARU MENTELAAH PELAJARAN?…KALAU YA MAKA ANDA PERLU MEMBUAT SENAMAN RINGAN,BELAJAR DITEMPAT YANG TERANG PENCAHAYAANNYA,MEMBASUH MUKA DAN MEMBASAHKAN KEPALA,KALAU DAH TAK TAHAN SANGAT TIDURLAH SEKEJAP BARANG 10, 20 MINIT…….

10. JANGAN AMALKAN BUDAYA MENANGGUH – BUDAYA MENANGGUH AKAN MENYEBABKAN PEMBELAJARAN KITA TERTANGGUHNYA AKHIRNYA KITA KETINGGALAN LALU WUJUD PERASAAN MALAS DAN PUTUS ASA…DISIPLINKANLAH DIRI ANDA …DEMII MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK

11. BUDAYA MALU BERTANYA – SEKIRANYA ANDA SEORANG YANG MALU BERTANYA TENTANG PELAJARAN YANG ANDA TIDAK FAHAMI MAKA…ANDA HARUSLAH MEMBUANG TABIAT TERSEBUT DAN MULALAH BERTANYA…KEPADA KAWAN2 YANG PANDAI

12. DAYA INGATAN LEMAH – JIKA DAYA INGATAN ANDA LEMAH MAKA BACALAH BERULANG2 SEHINGGA INGAT DENGAN CARA MEMBUAT NOTA – NOTA RINGKAS..DAN CARTA – CARTA ALIRAN, PETA MINDA DAN SEBAGAINYA…

13. NOTA RINGKAS – NOTA RINGKAS INI ADALAH ISI -ISI PENTING PEMBELAJARAN YANG TELAH ANDA FAHAMI….MEMBANTU MEMENGINGATI FAKTA PEMBELJARAN DAN MEMPERCEPATKAN PEMBELAJARAN ANDA.

14. MASALAH PERIBADI DAN KELUARGA – SESUNGGUHNYA KEDUA – DUA MASALAH TERSEBUT BOLEH MENJEJASKAN PENCAPAIAN KITA DALAM AKADEMIK. OLEH ITU CARILAH PENYELASAIAN TERBAIK UNTUK MENGATASINYA….BERJUMPALAH KAUNSELOR ATAU MINTA PANDANGAN KAWAN2 ATAU BERBINCANG DENGAN PIHAK KELUARGA…..

15. MEMILIH KAWAN – TINDAKAN ANDA BIJAK SEKIRANYA ANDA MEMILIH KAWAN2 YANG RAJIN BELAJAR DAN PANDAI DALAM PEMBELAJARAN.WALAU PUN ANDA MUNGKIN SEDERHANA SAHAJA DALAM PEMBELAJARAN TETAPI MUDAH – MUDAHAN KAWAN2 ANDA AKAN DAPAT MEMBANTU ANDA…

16. MEMBUAT TARGET KEPUTUSAN PEPERIKSAAN – ANDA BUATLAH TARGET UNTUK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG AKAN ANDA HADAPI….TUJUANNYA AGAR MENDORONG ANDA BERUSAHA GIGIH UNTUK MENCAPAINYA…

17. STUDY SMART DAN STUDY HARD – KEDUA – DUA PRINSIP PEMBELAJARAN INI SEHARUSNYA DIPEGANG SEKIRANYA ANDA INGIN MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG.

18. MASALAH BENCI GURU MATAPELAJARAN DAN BENCI DENGAN MATA PELAJARAN – JIKA ANDA MENGALAMI MASALAH INI MAKA USAKAN AGAR ANDA TIDAK TERUS TERJERUMUS DALAM MASALAH INI KERANA ANDA AKHIRNYA YANG AKAN MENANGGUNG KERUGIAN.

19. KESESUAIAN MASA BELAJAR DENGAN MATA PELAJARAN YANG HENDAK DIPELAJARI – SEKIRANYA ANDA DALAM KEADAAN AGAK MENGANTUK PELAJARILAH MATA PELAJARAN YANG MELIBATKAN PROSES KIRA – MENGIRA DAN SEBALIKNYA.

20. BERDISIPLIN, BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL ADALAH KUNCI KEJAYAAN
ANDA…

TQ.

IBADAH / FEQAH ( SOLAT TAHAJUD )

SOLAT TAHAJUD

          Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada malam hari setelah tidur terlebih dahulu,
  • Afdhalnya shalat Tahajjud dilakukan pada sepertiga malam yang akhir yaitu kira-kita mulai jam 1.00 malam sampai menjelang masuk waktu shubuh berdasarkan hadits Nabi:"Perintah Allah turun ke langit diwaktu tinggal sepertiga yang akhir dari waktu malam, lalu berseru, adakah orang-orang yang memohon ( berdoa ) pasti akan kukabulkan, adakah orang yang meminta, pasti akan kuberikan dan adakah yang mengharap ampunan, pasti akan kuampuni baginya sampai tiba waktu shubuh"(al  Hadits).
Cara Melaksakan Solat Tahajjud :

Solat Tahajjud dilaksanakan dengan Munfarid ( tanpa berjamaah ), minima dua rokaat dan maksima tidak terhingga jumlah rakaatnya sampai hampir masuk waktu shubuh dan dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam sebagaimana hadits Nabi saw:
"Solat malam itu adalah dua rakaat, dua rakaat apabila khawatir akan masuk waktu subuh maka berwitirlah satu rakaat saja" ( HR.Bukhari-Muslim ).
  • > Niat shalat Tahajjud didalam hati dengan Takbiratul Ihram. "Aku niat solat sunat Tahajjud dua rakaat karana Allah"
  • > Membaca doa Iftitah
  • > Membaca surat al Fatihah
  • > Membaca salah satu surat didalam al quran.Afdhalnya rokaat pertama membaca surat al Kafirun dan rakaat ke dua membaca surat al Ikhlas
  • > Ruku' sambil membaca Tasbih tiga kali
  • > I'tidal sambil membaca bacaannya
  • > Sujud pertama sambil membaca Tasbih tiga kali
  • > Duduk antara dua sujud sambil membaca bacaannya
  • > Sujud yang kedua sambil membaca Tasbih tiga kali.
  • > Setelah selesai rakaat pertama, lakukan rokaat kedua sebagaimana cara diatas, kemudian  Tasyahhud akhir setelah selesai maka membaca salam dua kali dan rakaat-rakaat selanjutnya sama dilakukan seperti contoh diatas.
  • > Setelah selesai shalat Tahajjud bacalah zikir  terutama perbanyak Istigfar (mohon ampun)

KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD


Rasulullah SAW bersabda;
“Jika tidak kerana memberatkan umatKu, nescaya aku wajibkan Tahajud ke atas mereka”"

Kelebihan Tahajud;
Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamaha maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran;
  1. Dapat lidah yang hikmah
  2. Diangkat kedarjat wali
  3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut
Selain itu juga;
  • Doa-doa akan diperkenankan
  • 2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya
  • Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur
  • Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud
  • Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud
  • Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa
Cara mudah untuk bangun tahajud;
1.Istiqamah dengan membaca 3 ayat yang akhir dari surah al Kahfi (107-110) sebelum tidur
2.Jangan membuat dosa atau bercakap sia-sia yakni selalu rasa takut kepada Allah
3.Hendaklah tahu kelebihan tahajud supaya rasa ghairah untuk beramal
4.Sunat tidur sebelum zohor dengan niat untuk bangun tahajud
5.Jangan makan terlalu kenyang
6.Niat untuk bangun tahajud sebelum tidur.



   Memandangkan besarnya fadilat sembahyang tahajud, tetapi sukarnya untuk menunaikan sembahyang tersebut, kami berikan ‘petua’ bagi membolehkan kita melakukannya iaitu;
  • Tingkatkan keimanan. Ingatlah, sembahyang ini menjadi sesuatu yang berat melainkan bagi hati yang kyusuk. Untuk dapatkan hati yang kyusuk, perlulah dibina dahulu iman di dalam jiwa. Dan seperti satu rantai, orang yang beriman akan bertambah kuat iman serta keyakinan diri mereka apabila kerap bersembahyang tahajud

  • Sebelum tidur, sematkan ke dalam fikiran kita untuk bangun pada sepertiga malam, pukul tiga pagi misalnya untuk sembahyang tahajud. Insyallah pada waktu yang dikehendaki itu kita akan terjaga

  • Jadikannya ia suatu kebiasaan. Walau kita tidur lewat macam mana pun, buatlah amalan bangun pada waktu yang dikehendaki untuk sembahyang tahajud.

SOALAN PELAJARAN AKHLAK TAHUN 6


               ذكرالموت
1.جلسكن فغرتين ذكرالموت ؟
______________________________________________________
2.افاكه حكوم ذكرالموت ؟
______________________________________________________
3.سنارايكن امفت حكمة افابيلا مغيغاتي ماتي
____________________________________________________________________________________________________________
4.توليسكن امفت عاقيبة تيدق ذكرالموت
____________________________________________________________________________________________________________
5."قل اءن الموت الذي تفرون منه فانه ملقكم" بريكن ارتي دليل ترسبوت
____________________________________________________________________________________________________________


Ahad, 12 Disember 2010

AKHLAK / TAUBAT NASUHA




Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat merupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

Hukum bertaubat adalah wajib bagi setiap umat Islam

Cara bertaubat :
  1. Bersungguh-sungguh tidak akan melakukan dosa
  2. Menyesal diatas segala keterlanjuran yang dilakukan
  3. Menyelesaikan urusan dengan orang yang berhak
Kepentingan bertaubat

  1. Taubat mengelakkan dari kemurkaan Allah Taala
  2. Taubat meningkatkan harga diri
  3. Allah mencintai hambanya yang bertaubat
  4. Mencontohi akhlak Rasullullah yang bertaubat lebih dari tujuh puluh kali sehari semalam
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaqyj_xK1RqWW8Rb1zgDOPyyMVz1-JZ52WY6mwxw90rJRBMo5dQ3iqfoagaVf1iX7Ahr7FKAO1UcHdyzjqvBuh4qvoTcgzsOz6UPgU3j12D7xK8Xsb5lKy3vOOrQcvWqYuGAZRWr77n-g/s400/Taubat1.jpg

SALAM UKUWAH

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog kami yang tidak sepertinya ini. Moga apa yang kami paparkan disini bolehlah dikongsi bersama sebagai pedoman dan ingatan kepada kita semua sebagai khalifah dimuka bumi ini.

Kepada guru-guru tahun enam dan murid-murid tahun enam yang akan mengambil peperiksaan PSRA disini kami memaparkan beberapa mata pelajaran PSRA beserta  tajuk dan pengisiannya...


Diharap ianya dapat membantu serba sedikit sebagai bahan rujukan tambahan untuk semua.....