DISINILAH KAMI MENIMBA ILMU

Selasa, 28 Jun 2011

DIMANAKAH ERTI KASIH SAYANG








Pada 8.6.2011 saya bersama sahabat-sahabat Sek Ren Agama Sek 3 Shah Alam berpeluang untuk menziarah Rumah Jagaan & rawatan Warga Tua Al- Ikhlas.Walaupun lawatan itu agak singkat tetapi ianya banyak memberikan manafaat serta pengajaran yang amat berharga...

Disana kami diketemukan dengan seorang wanita yang cukup gigih iaitu Puan Muji selaku pengasas rumah orang2 tua Al-Ikhlas yang juga merupakan seorang ketua jururawat di Hospital Serdang. Beliau mempunyai hati yang cukup ihsan terhadap orang- orang tua sehingga terbinanya rumah Rawatan dan jagaan ini. Segala ranjau yang penuh berliku dlalui dan beginilah hasilnya...

Disana kami juga sempat berkenalan dengan 49 orang tua ( lelaki dan perempuan ) disamping dapat mengenali serba sedikit mengenai kehidupan mereka, mengapa mereka berada disana....antara sebab2nya ialah ada diantara mereka memang memilih rumah tersebut sebagai menghabiskan sisa hidup mereka disana, ada juga diantara mereka yang dihantar oleh anak2 mereka namun tidak dijenguk langsung kemudiannya, ada juga yang diambil oleh Puan Muji sendiri untuk dirawat.

Menurut Puan Muji, didikan agama amat penting dalam mendidik anak2 dalam dunia yang semakin mencabar dan berani ini....

Pengasas dan Pengetua Rumah Orang Tua Al Ikhlas Puchong, Selangor, Muji Sulaiman berkata, kisah penghuni dihantar ahli keluarga membuatkan kita terfikir betapa kehidupan masyarakat kini sudah tersasar.
“Jika sebelum ini tanggungjawab menjaga ibu bapa dipikul anak, namun sekarang mereka mengambil jalan mudah menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atas alasan tiada masa dan kekangan ekonomi,” katanya. Menurutnya, kehidupan masa lalu penghuni juga menyumbang kepada faktor mengapa mereka menginap di rumah orang tua. Ada anak yang menghantar ibu dan ayah kerana kecewa dengan sikap mereka sewaktu muda kerana lebih mementingkan diri sendiri. “Ada juga kisah ayah berkahwin lebih daripada satu sehingga anak terbiar menyebabkan anak mereka membalas dendam dengan menghantar mereka ke rumah orang tua. Alasan yang diberikan, ketika muda mereka tidak ingat anak, tetapi apabila sudah tua baru memerlukan anak,” katanya.

Muji berkata, ada juga anak yang meninggalkan ibu bapa di hospital tanpa dituntut menyebabkan orang tua mereka diambil Rumah Orang Tua Al Ikhlas Puchong. “Namun, paling banyak adalah kes tidak ada siapa yang boleh menjaga ibu bapa kerana kesibukan bekerja dan masalah ekonomi,” katanya.

Walau apapun alasan mereka, Muji menasihatkan anak yang pernah mengalami peristiwa pahit diabaikan ibu bapa agar melupakan kisah silam dan menjaga kedua-dua ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Memang bukan mudah menjaga ibu bapa terutama yang uzur dan sakit, tetapi kita tidak boleh melupakan jasa dan pengorbanan mereka membesarkan kita. Pesanan kepada mereka yang mungkin lupa bahawa kita tidak sentiasa muda dan kaya serta sihat, tanggungjawab yang diamanahkan Allah amat penting untuk kita laksanakan. Bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk dan terlalu mengejar kebendaan dan status, luangkan masa untuk anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Bagi anak-anak pula, jangan abaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa hanya kerana kita terlalu sibuk dengan pekerjaan dan ghairah mengumpul harta. Kasihanilah ibu bapa kita kerana mereka amat memerlukan perhatian dan kasih sayang untuk mengisi usia yang tersisa dalam hidup. Lupakan kisah silam mereka, kerana kita juga tidak tahu apa nasib kita apabila kita seusia mereka kelak. Ingatlah, hidup ini satu putaran



Tiada ulasan:

Catat Ulasan