DISINILAH KAMI MENIMBA ILMU

Selasa, 4 Januari 2011

TAUHID / SYIRIK

ERTI SYIRIK IALAH:

Menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu makhluk atau mempercayai bahawa adanya kuasa yang lebih berkuasa daripada Allah SWT.

1. SYIRIK AKHBAR KHAFI
Syirik ini berlaku dalam bentuk percampuran antara amalan yang berunsurkan kekufuran dengan amalan yang berunsurkan Islam serta dicampur dengan kepercayaan karut marut berkaitan kekuasaan sesuatu benda yang menyerupai kuasa Allah SWT.

2.Syirik Asghar Selain daripada syirik akbar terdapat pula jenis syirik yang lain yang diberi nama syirik asghar. Ianya adalah di antara jenis-jenis dosa besar bahkan lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa besar yang lain

3. Syirik Akbar Jali (terang) dan Khafi

Syirik Akbar terbahagi kepada dua iaitu Syirik Akbar Jali (terang) dan Syirik Akbar Khafi (tersembunyi). Syirik akbar yang terang ialah beribadah kepada satu tuhan atau beberapa tuhan di samping Allah SWT sama ada tuhan tersebut berbentuk objek seperti matahari, bulan atau benda mati seperti berhala atau batu ataupun tuhan tersebut berbentuk binatang seperti anak lembu atau bapak lembu atau tuhan yang berbentuk manusia seperti Firaun yang mendakwa dirinya tuhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan