DISINILAH KAMI MENIMBA ILMU

Selasa, 4 Januari 2011

TAUHID / SIHIR

SIHIR
·         MAKSUD
-            ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

·         CONTOH
-           menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
-           mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
-           pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

·         PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
-           perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
-           iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
-           ada perasaan benci terhadap seseorang

·         CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
-           mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
-           menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
-           tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut

·         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
-            merosakkan akidah dan membatalkan iman
-            memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
-            hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

·         HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
-           supaya akidah seseorang tetap terpelihara
-           supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
-           supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

·         CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
-           membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
-           membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
-           banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah


SEREMBAN: “Bulu roma saya tiba-tiba meremang sebaik memandang anak patung itu,” kata seorang kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang menemui dua pasang anak patung terikat di pokok yang didakwa disihir di tepi jalan di Jalan Taman Panchor di sini, petang kelmarin.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Tiada ulasan:

Catat Ulasan