DISINILAH KAMI MENIMBA ILMU

Selasa, 4 Januari 2011

TAUHID / KHURAFAT

Dry1


 
  • Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta

CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
 
-            mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
-            mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
-            membuang ancak bagi menghalau hantu
-            mengunjungi kubur yang dianggap keramat

·         FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM

-            iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
-            terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
-            ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

·         CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM

-            menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
-            mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
-            mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

·         AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT

-            menyebabkan syirik dan batal iman
-            membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
-            menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik




Tiada ulasan:

Catat Ulasan